14.2.09

Serian oh Serian..


serian.. 2 minggu sudah aku di sana... bandar yang sunyi... namun tetap ceria di kala siang pagi hari.. namun masih tak betah aku meneroka bandar kecil di bahagian Samarahan ini di kala kesibukkan peniaga-peniaga kecil memujuk pelanggan yang lalu lalang di awal hari.. kesibukkan di hospital dan kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan tahun 4 di UNIMAS... sungguh membataskan duniawiku... 

serian.. diapit oleh gunung-ganang yang disalut kabus di kala sang mentari mula menjengah.. memang bagaikan melihat amoi cantik di tepi jalan... terpesona setiap hari.. bagaikan berada di kurun yang lepas.. hawanya yang dingin segar membuatkan katil double deckerku sering terisi dek batang tubuhku... di tambah dengan gebar yang sungguh selesa... mimpi indah... bahagia ku rasa...

apabila senje menjelang.. jelas menjegah naluri pandanganku dan mengetarkan gegendang telinga.. ribuaan kalau pun tak jutaan burung-burung terbang diangkasa mencari tempat singgah dan berdengkur seketika di malam hari ditambah dengan riuh-rendah mereka berkicau sesama mereka.. entah apa yang bualkan..barangkali memuji kebesaran Allah... fenomena yang tak pernahku hayati di tempat lain memang benar-benar hati ini berbunga ketenangan..

jika hari panas.. air terjun ranchan tak sampai sepelaung... air yang segar.. sejuk lagi jernih dengan segera memberi kesegaran pada tubuh dan fikiran yang porak peranda dengan telatah manusia di zaman orang berebut mahu mengejar jawatan dan wang ringgit..

Serian.. sesekali mengigatkan tempat di mana diriku membesar.. mengenal dunia.. Alor Gajah.. biar pun hanya ada air panas Gadek yang panas membara.. yang bagaikan air yang baru dijerang.. tetap ku ingati.. kedua-dua bandar kecil ini sungguh aman..  dua bandar ini menjadi sejarah di hatiku.. bak kata orang.. tempat jatuh hati lagikan diingat.. inikan tempat jatuh.. hehe.. walaupun aku tak penah lagi jatuh di serian.. hehe...

p/s: saje je nak test berberbahasa.. anyway.. serian memang best la...

1 comment: