30.1.09

kedai kopi pak mat vs Starbuck


bila nak tido.. aku terfikir plak pasal perang dekat Gaza nie.. bila tgk tv, dgr dekat radio, baca n tgk dekat internet... ada yg forward2 msg dekat ym sume.. memang sedih dan pilu la hati ini mengenangkan penderitaan saudara seagamaku di Palestine sana tue.. dan dekat ym dan telifon aku plak... ada jugak yg forward msg2 suh boikot barang yang made in America... so... apa pendapat aku pasal menda nie eh? setuju? ikut aja? tak setuju?

1. sebab diorg boikot brand2 and product dari America nie.. pasal mereka fikir yang bila mereka beli barang ini, hasil keuntungan ini akan disalurkan untuk menyumbang kepada dana ketenteraan regim zionis di Isreal.. kalau dilihat secara terus.. aku mmg setuju la dgn idea nie.. kalau dilihat secara direct la....

2. kalau kita boikot benda2 tue.. adakah di pasaran ada menawarkan product2 yang bermutu atau paling koman pun product2 alternative? aku tak kisah pasal starbuck, mcD or KFC tue since aku memang jarang makan dekat sana(bak kata orang.. kedai mamak lagi best)... tapi... korang  tgk laptop korang.. berapa banyak dari kita yg tak guna Intel punya product?cite-cite dekat cinema, yang best2.. sume made in hollywood... dan sebagai pemina Levis jean.. aku mmg tak rasa la aku ada jean lain selain levis and sehelai je Replay yang aku ada.. aku rasa aku tak menyumbang la kepada America dgn membeli Levis nie since 90% dari jeans aku mmg aku beli dari Buntil.. hm.. dan aku rasa senang dgn nokia.. takpe2.. boleh je guna sony erickson. hehe...

3. mampu ke fan2 arsenal nak boikot arsenal? mungkin tidak.............

4. kalau tgk restaurant kfc, mcD and starbuck, korang perasan tak yang semua pekerja2 or almost semua pekerja2 diorg merupakan orang-orang melayu yang beragama islam.... dan mungkin jugak kilang2 product-product nie.. ada pekerja2 islam yang kerja dekat situ.. sebab kebanyakkan yang kerja kilang dekat sana merupakan imigrant2 dari asia yang tak banyak pun.. mesti ada beragama islam.. so kalau boikot2 berjaya.. di semua kedai2 nie tutup semua.. bayangkan la berapa ramai orang islam sendiri yang terasa bahangnya? bayangkan jela kalau semua restaurant Mcd and Kfc dekat malaysia nie tutup... berapa banyak orang hilang kerja? sape yang hilang kerja tue? isrealian? mana ada.. orang malaysia yang beragama islam..

5. kalau boikot2 nie berjaya.. dan tujuan asalnya adalah untuk mengoncongkan ekonomi americakan.... adakah mampu mengubah nasib saudara2 kita di Palestine? atau nasib kita di bumi Malaysia ini yang akan berubah? Negaraku yang kecil dan dipenuhi dgn pemimpin2 yang korup nie.. mampu ke bertahan? kalau kita tgk sekarang... berapa ramai yg hilang kerja? tue pun masih ramai beli product2 amerika... aku bukan nak mengagungkan amerika.. cuma, bagi aku amerika masih lagi merupakan kuasa yang bertindak sebagai tuner kepada ekonomi dunia... so.. kalau sekarang, mana-mana negera Islam mampu mengambil alih peranan itu.. tak menjadi masalah langsung rasanya kalau kita nak boikot product2 nie.. even, tak payah sentuh pun...

6. kenapa people yang ada kuasa... yang mampu mengubah dan mengawal benda-benda yang sekadar mampu kita borak2kan di ruang internet mahupun di kedai kopi..berdiam diri? PBB... or United Nation.. apa peranan mereka? tak malu ke mereka kalau facilities mereka di Palestine pun kena bedil dan mereka masih mendiamkan diri? adakah PBB ini pun merupakan anjing-anjingan Isreal yang mengikut telunjuk mereka selepas diberi daging busuk?

7. tapi, kebaikkan menboikot barang-barang nie.. ialah, dapat menjimatkan duit... since stuff nie sume mmg mahal... mahal gler.. bayangkan la harga sehelai t-shirt Timberland.. huh.. cekik darah doh.. so at least.. ada la alasan.. konon-konon taknak beli pasal boikot... padahal, makan gak coklat kit-kat tue.. hehe.. orang malaysia mmg cakap tak serupa bikin~

8. so, apa sumbangan kita kepada saudara-saudara kita di Palestine tue? doa.. yela.. selain doa.. mungkin kita boleh sumbangkan dana yang kita dah jimatkan dari membeli barang made in America tue dengan menderma kepada tabung-tabung untuk Gaza... dan ada jugak yang berani untuk ke Gaza dan menyumbang keringat dan kepakaran... ini la yang terbaik bagi aku.. teringin diberi peluang~ hm.. mampukan aku?

No comments:

Post a Comment