23.2.09

ikan emas

so.. seperti yang dijanjikan.. pasukan futsal kolej perubatan atau nama tak rasminya pasukan ikan emas... telah menjalani laluan onak berduri di kala sukan interkolej tahun ini..
perlawan pertama menentang kolej sakura.. yg diwakali serpihan dari bintang-bintang kolej lain telah mengalahkan pemuda-pemuda harapan bangsa dengan jaringan 5-3.. di mana 2 gol di jaringkan oleh awi poyo dan satu jaringan dari qish dengan tendangan tonjol yang mengelirukan penjaga gol.. sebab kekalahan adalah berpunca dari kepancitan dan kenervousan di perlawan pertama.. bak kata ketua kontijen.. en ismuni..
perlawan kedua pula dengan kolej alamanda yang di barisi oleh 100% pemain yang mewakili Unimas... fuck betul.. tak aci sial.. dan mereka ini telah membelasah pasukan ikan emas dengan jaringan 7-1.... bak kata pepatah.. kalau korang dah terer lawan dgn org tak terer.. sure kalah ye tak? kekalahan ini diterima dgn keredhaan.. dan aku telah mengalami kecederaan serius ketika perlawanan ini.. nasib baik sinaran x-ray yang dipancarkan kepada tarsal bones aku mendapati tiadanya patah atau # line ditemui.. walau bagaimana pun.. aku terpaksa berjalan terhincut-hincut dan membalut kaki kerana kesakitan yg teramat sangat..
perlawanan terakhir akhirnya mengakhiri permulaan kekalahan demi kekalahan selepas kami berjaya menewaskan kolej cempaka dengan jaringan 3-2 sekaligus meletakkan kolej cempaka gagal ke separuh akhir dan terperosok di tangga terbawah kumpulan.. aku tak dapat beraksi pada game ini kerana kecedaraan yg ku sanggakan simple injury telah menyebabkan aku hampir tak dapat berjalan.. apatah lagi untuk menyepak bola..
jadi.. kami pulang dengan kehampaan..

No comments:

Post a Comment