apa yang kita cari dalam hidup ini?
kadang-kadang kita dah dapat semua benda dalam hidup.. tapi sebagai manusia.. kita memang sentiasa tak merasai atau memahami erti cukup..... kita cenderung untuk melihat kejayaan orang lain dan kebahagiaan orang lain sambil membanding bezakan hidup kita dengan orang lain.. cemberu menguasai diri.. dengki.. kalau kita tak mampu capai apa yang dicapai orang lain.. buatlah orang lain tak dapat apa yang kita tak dapat.. akhirnya? puas? gembira? apa yang kita dapat? satu perasaan yang hanya kita sendiri dapat nikmati.. akhir hilang ditelan waktu? gembira di atas kesedihan orang lain? selama mana gembira itu? esok lusa tak tentu ada lagi.. macam dadah.. seronok masa tgh high... hilang effect cari lagi.. lama-lama nak lebih lagi.. tolerance? sama jela.. benda yang seronok.. mula-mula buat sikit.. seronok sikit.. bila dah seronok sikit.. nak seronok lagi.. dengki lagi.. seronok lagi.. dengki banyak-banyak.. orang lain sedih banyak-banyak.. makin seronok.. tapi sampai bila??? sampai mati nak bergembira di atas kesedihan orang lain? kalau dadah.. at least boleh la nak buat withdrawal therapy.. tapi bak kata prof fadzillah.. 90% relapse.. hurm.. benda jahat mmg susah nak buang.. tekad? azam? iltizam? tue sume kata-kata pakar motivasi.. diorg tak kena.. boleh la cakap.. menda nie ada kaitan dgn otak jgk.. bak kata prof.. 'reward system' orang akan terus rajin belajar kalau sentiasa berjaya... orang akan terus buat baik or control or act jadi baik kalau sentiasa dipuji.. reward system.. samala.. jadi jahat pun seronok..benda yang seronok.. reward system.. kalau nak buang.. excise otak la eh? excise tue mesolimbic? nak sampai mesolimbic kena potong otak weh.. maksudnya kena mati la.. susahkan nak buang benda jahat yang seronok..
benda baik tak selalu datang dalam hidup nie.. kalau datang kita selalu tak perasaan.. atau kadang-kadang tak mampu nak appriciate.. sama la macam cari kulit kerang atau kulit siput mcm kita selalu buat kalau g pantai.. jalan-jalan tepi pantai.. penat.. sangat penat.. nak-nak kalau jalan dalam air.. penatkan? dah tue.. mata plak pandang bawah je.. tak pandang tepi, kiri kanan.. pandang bawah je nak cari yang paling cantik dan terbaik..nama je nak cari yang terbaik.. tapi pandag satu arah.. mcm mana nak jumpa? so banyak la yang miss.. bila dah jumpa satu.. jalan lagi.. nak cari yang lain lagi.. jalan.. jalan lagi.. dan jalan lagi.. dah banyak dah nie kulit kerang.. dah sampai hujung pantai.. mak jerit dari jauh panggil balik.. dah petang... patah balik.. tapi mata masih pandang bawah.. masih mencari.. jalan kat mak... cari lagi.. dan cari.. tapi masih pandang bawah.. kat tangan ada 2,3 kulit kerang/siput yang cantik2.. jumpa lagi.. kutip dan simpan.. jalan.. penat? biasa la.. jalan kalau naik motor kan tak penat.. tapi laju sangat takut miss kulit siput yang cantik.. so.. kena la jalan dan jalan lagi.. jumpa kulit siput.. eh... dia jalan sendiri.. hidup lagi... tak elok amik... dosa.. dia masih nak hidup.. last-last.. mak cakap.. amik yang terbaik je.. tapi semua pun cantik.. cantik tak semestinya terbaik.. terbaik tak semestinya tahan lama.. lama-lama reput jugak..mcm mana nak pilih? takkan nak tan tan tut plak.. tak acikan? tapi mana penah ada benda yang adil didunia ini selain dari Allah.. hurm.. tapi hidup inikan takdir Allah.. jadi semua ini adil la kan.. maknanya.. kena terima dengan seadanya.. entah la..
dah hidup dah 22 tahun lebih dah dekat dunia nie.. puas? gembira? bahagia? dah banyak tengok tempat? nak kata dah puas tak boleh.. banyak benda tak capai.. banyak benda tak tengok.. banyak benda tak rasa.. banyak benda tak belajar.. tak bersyukur? dosa... kalau esok mati? kempunan... nak rancang masa depan? fikir apa nak jadi lagi 10 tahun? .... terlalu jauh ke pandang? tak salah.. tapi kalau awal-awal benda yang dirancang dah terkubur? sedih? kecewa? menyesal? marah? semua tue perasaan.. sedih kejap.. kecewa kejap.. menyesal kejap.. marah sekejap.. perasaan sedih.. selalunya sekejap je.. paling lama pun dua tiga bulan.. kalau tak.. kena jumpa Dr Gan la.. alahai.. takpe.. tenang.. tarik nafas.. rancang balik.. tgk kanan.. tgk kiri.. ingat harapan mak ayah... hidup kena terus.. bukak muka surat baru.. terus buat new planning.. tak susah.. orang meniaga pun ada untung rugi.. niekan hidup.. mesti ada turun naik.. bila dekat atas.. kadang-kadang seronok sangat.. nak pegi atas lagi.. reward systemkan.. lupa? selalu lupa tengok bawah.. lupa jugak kadang-kadang kita gembira diatas kesedihan orang lain.. setiap yang kita gembira.. mesti ada yang sedih.. dapat masuk uni? gembira? ada orang yang tak dapat masuk uni.. sedih.. dapat buat medic? gembira.. orang tak dapat buat medic? sedih.. contoh? banyak.. tak larat nak listkan.. orang kata.. lu fikir la sendiri..
tapi kenapa nak kena fikir orang lain? orang nak marah? orang nak benci? orang tak puas hati? kena fikir ke semua benda nie? masa sedih.. orang lain fikir ke? hm.. kena memberi dan menerima... bila terima.. fikirla yang memberi.. bila memberi.. kena la jugak fikir yang menerima.. penah cakap dulu.. bagi nasihat dekat adik aku.. kalau asyik fikir orang lain.. bila nak maju? kena jadi selfish jugak.. orang yang maju terus kedepan.. tak fikir orang yang dibelakang.. terus jalan.. semak yang dekat depan kena cantas.. licinkan jalan.. kalau jumpa batu besar dekat depan.. belok kanan?belok kiri? panjat batu tue? mana-mana pun boleh.. janji kembali ke tract yang asal.. terus kedepan.. kalau terkebelakang? lari la.. kejar orang yang dekat depan.. orang yang dekat depan takkan patah balik nak pikul kau.. ingat tue.. kena tolong diri sendiri.. kalau dah kat depan.. dah sampai hujung jalan.. baru pandang belakang... kalau rasa nak tolong.. baru patah balik.. tapi tak semua benda boleh buat sendiri.. kena ada kawan.. nak jalan sorang-sorang.. bosan.. kena ada teman borak... sorang bawak roti... sorang bawak mentega.. baru sedap makan rotikan? so kena ada kawan.. hidup tak boleh seorang diri.. kena jaga hati kawan... nanti makan roti kosong plakkan.. tapi Gardenia cakap.. "enak di makan begitu sahaja!!!!" ditambah dgn KFC..."sehingga menjilat jari" so.. kena jaga jugak hati sesetengah orang.. kalau boleh bawa roti dgn mentega sendiri.. baru tak payah jaga hati orang lain.. tapi sarat barat lakan.. tak mampu? manusia mmg lemah..tapi Allah maha kuasa...
hidup akan bahagia bila kita membahagiakan orang.. didoakan agar semua keluargaku.. kawan-kawan.. bahagia.. dirahmati Allah.. dicucuri rahmat.. di murahkan rezeki.. terima kasih kerana disamping.. terutamanya bila aku senang.. susah tak tahu la lagi.. tak penah rasa susah yang amat sangat. tapi.. InsyaAllah.. akan ada yang bersama di kala susah.. tapi tak tau la berapa ramai... minta jauh dari kesusahan.. tapi ujian Allahkan.. esok lusa siapa tahu.. takpe.. takkan diuji kalau tak mampu tahan ujianNya.. InsyaAllah..
2 months ago
No comments:
Post a Comment