10.1.10

tak payah baca la....

macam biasa.. blog nie hanya di update bila aku dah habis exam.. hari2 lain bukan tak free.. cuma takde feel nak tulis2 dah.. lagi pun bukan sape2 nak baca sangat pun.. so.. skrg nie baru lepas posting medicine.. esok aku dah masuk posting psychiatric plak.. 2 minggu je beb.. aku rasa mcm tak cukup masa je nak study nie.. tapi... aku tak amik pape inisiatif pun nak start awal... mana taknya.. aku dah struggle 2 minggu lepas nie untuk posting medicine..so, cuti 3 hari after end of posting medicine aku gunakan dgn sebaik mungkin dgn membazirkan duit scholar jpa aku yang sikit tue.. wakakaka..

masa time2 aku struggle untuk end of posting exam untuk medicine tue.. ada 2,3 member aku nie buat panas.. diaorg dah nak kawen plak.. aku bukan panas apa.. yela... aku tak tentu arah lagi dekat sini.. diaorg dah sibuk2 nak kawen... aku? blaja pun belum tahu habis bila.. keja apatah lagi? kawen???????? hehe.. bukan la aku mengatal sangat nak kawen.. cuma bila dah nak kawen tue.. bagi aku.. org tue mmmg dah settle down.. dah cukup segala2nya.. yang lelaki dah boleh tanggung anak dara org.. dah boleh bertanggungjawab kepada yg bergelar isteri dan anak-anak.. yang perempuan pun... sama la.. dah cukup terer ke nak jaga makan pakai orang lain... berat wooooooo~ aku cuba bayangkan... tapi aku tak terbayang.. yela.. aku still rasa kadang2 aku nie masih 17 dan baru lepas sekolah.. hurm.. padahal~ adik aku pun dah habis sekolah...

tahun nie.. aku dah 24 tahun.. bulan 4 nie la.. bukan sekarang.. aku pun xmau ngaku aku dah 24 skrg nie.. tapi.. 24.. satu angka yang besar beb... ada member2 yang sebaya dan yang lagi muda dah keja.. dah ada bussiness sendiri.. mcm2 la.. bangga la aku tgk member2 aku dah ada arah hidup sendiri.. nak2 yang dah lama tak jumpa... tau2 dah keja dah nak kawen sume.. last time aku jumpa dulu.. hampeh.. cakap pun mcm budak2 sekolah.. yela.. jumpa pun last masa time sekolah... aleh2.. the next contact dah bagi kad jemputan kawen.. mana tak pelik....

aku pun mula congak2 hidup aku.... so aku nie mcm mana? harapan untuk grad tahun nie ada ke? hurm.. aku rasa... graduation is my turning point of my life... masa tue baru boleh fikir semua benda... lambat aku nak mulakan hidup aku.. takpela.. its never too late..

cuma satu la aku terfikir.. mcm mana la member2 aku yang nak kawen nie boleh convince partner diaorg supaya kawen dgn diaorg... adakan ianya semata2 atas dasar sayang? cinta? atau apa eh? cuma secara peribadi.. aku rasakan yang cinta dah kasih sayang tak cukup untuk dua insan untuk hidup bersama....

so.. apa yang diperlukan untuk hidup bersama nie? hurm... banyak... tapi yang paling penting yang dapat aku fikirkan dan yang terlintas dalam benak aku nie.. are.. 1.kefahaman
2.kepercayaan
3.tolak ansur
4.saling melengkapi satu sama lain..
5.menghargai satu sama lain....

dan secara personalnya jugak.. hari ini aku rasa.. aku tak punya benda yang lima itu.. atau sekurang2nya.. aku kurang benda yang lima ini... aku mmgk sukar nak difahami... dan aku seorg yang pelik... takde perempuan yang betul2 penah percaya yang aku betul2 sayang diaorg.. atau.. mungkin bukan cara aku untuk tunjuk... tapi.. aku ada cara aku sendiri untuk tunjuk... tolak ansur mmg sangat kurang.. ego2 masing memang tebal.... lengkap melengkapi... aku kurang rasa mcm tue.. masing2 kadang kala tak dapat hint or kurang kebergantungan kepada satu sama lain.. maklum la.. masing2 ego sendiri.. atau macam2 alasan untuk tidak bergantung kepada satu sama lain... sehinggakan kadang2.. hubungan itu hanya ada pada cinta dan status di fb sahaja... dan bukanlah senang kita nak evaluate harga diri insan yang lain di mana diri ini sendiri kurang sekali dihargai.. but.. watever u give u will get back.. so i take it as my own mistake....

aku mungkin mudah marah... dan aku paling tak suka bila aku dituduh2 yang bukan2... dituduh bukan2.. tanpa sesuatu sebab menusabab yang jelas dan mungkin sekadar pihak yang menuduh sekadar nak sedapkan hati sendiri atau nak cari point.. satu penjelasan yang sukar nak dijelaskan sebab aku sendiri tak dapat fikir... itu akan menaikkan lagi kemarahan.. sebab tiada penjelasan dan logik yang dapat difikirkan disebalik tuduhan itu.. mungkin hidup 5 tahun sebagai medical student dah banyak mengajar aku supaya.. talk on evidence base, talk short but yet significant.. no-nonsense approach.. so aku tak fancy tetiba wasting time nak jeles2 tak tentu pasal atau nak mencetuskan pergaduhan just sebab gerak hati... or anything... benda belum berlaku, kenapa nak anggap benda itu akan berlaku dan bertindak seolah2 benda tue sudah berlaku... saja nak cari gaduh even sebelum sesuatu issue itu timbul....

hurm.. tulis banyak2 pun still takkan ada orang faham cara aku berfikir.. sebab tue kadang kala aku rasakan yang aku mungkin lebih sesuai habiskan masa sendiri.. melayan diri sendiri dan bersendiri.. sendiri.. cuma.. bila tengok orang lain.. dan bila aku rasa aku dah jumpa someone yang boleh aku hidup bersama.. aku ambil keputusan untuk serius dan cuba jadi bahagia seperti orang lain.. cuma sayang.. tak semua benda yang kau rasa orang lain akan rasa.. maybe, aku cuma pilihan sementara dan mungkin aku ini membosankan.. itu aku sendiri tak pasti.. yela.. aku tak bercinta dgn diri sendiri.. mana la aku tahukan.....

so..apa yang patut aku buat? nak cari teman berhibur.. masalah besar ke? for da past few years.. i have been doing it for every weekend when i feel i like it.. dan bila pada satu ketika dimana aku dah jumpa orang yang rasa boleh berhibur bersama2 sampai bila2 dgn aku dan tetiba dia nak tuduh yang aku masih berhibur dgn sebarangan orang.. itu satu tuduhan yang mampu mengoyakkan sebuah takungan air di dalam hati ini.. hingga tertumpah segala isinya... inilah bila dikatakan.. tiada kefahaman.. tiada tolak ansur dan tidak menghargai satu sama lain... kalau bekas air tue.. boleh la dijahit atau digam semula.. hati ini?

bertanya pula kepada diri sendiri... apa yang patut aku buat? berdiam diri dan biarkan masa berlalu dikala aku membusykan diri?? sehingga terlupa hati ini perlu diisi.. mungkin ini masa yang terbaik.. hurm.. yela.. lagi 5 bulan sebelum nak grad.. aku tak fikir yang aku punya banyak masa untuk bermanja2 dgn hati nie... tapi... aku selalu ingatkan diri ini.. yang jasad ini punya hati dan perasaan yang perlu juga diberi perhatian sesekali.. walaupun tak selalu.. jadi.. tanyalah pada diri sendiri.. mampu ke?

malas? yela.. bayangkan... dah daki gunung tinggi2.. dah separuh jalan mungkin... dan tetiba tergelincir.. jatuh terperosok dalam gaung atau lurah dalam.. mesti sakit... luka.. cedera.. cacat seketika.. mana mampu mendaki semula keesokkan harinya.. kena merawat luka2 dan apa2 yang patah perlu disambungkan dulu.. mana2 yang rosak kena betulkan dulu.. kena cari tract baru yang betul2 boleh sampai ke puncak gunung... dan kalau tersilap pilih.... jalan penuh onak berduri kau kena tempuh... dah tue.. kebarangkalian nak terjatuh lagi pun sentiasa ada... tengok.. betapa rumitnya nak sampai ke puncak.. so aku salute la kepada mereka yang dipuncak... dan yang dipuncak plak.. jgn lupa.. bila2 masa boleh jatuh bawah bersepai....

3 comments:

  1. Life would always b hard on us.Yang penting,ikut kate hati.tapi xdela ikut tanpe ade pertimbangan yang waras kan.hidup kena terus.All the best!

    ReplyDelete
  2. just go with the flow..
    sentiasa berdoa andai itu jodohnya, maka dekatkanlah..tp andai sebaliknya, jauhkanlah ia..DIA tau apa yang terbaik utk kita. :)

    ReplyDelete
  3. ska part 'mdaki gunung tu..'.pas dh bg spenuh hrpn& usaha tp tba2..hncur cmtu je..mmg pedih sgt nk terima.trauma tu smpai ble2 xleh lupe.kesan tu mmg dlm sgt sbb hti pn x sggup nk tluka lg dh..apepn as a muslim,kna la trma sgla dugaan dgn redha..
    -sori menyampuk tba2..just my sincere opinion..

    ReplyDelete