terbaca satu post dekat fb.. bunyi dia lebih kurang mcm nie la... apakah beza angan-angan dan cita-cita?
dalam perbincangan tue.. aku dapat faham yang angan-angan adalah satu tujuaan yang tidak diiringi dengan satu daya fizikal yang kuat, satu mental yang sangat bermotivasi, tanpa setitik peluh dan sekadar bayangan di minda....... mana kala cita-cita pula impian yg diiringi satu daya tujahan yg hebat dan satu visi yang harus dicapai walau terpaksa mendaki 7 gunung, meredah 7 lautan dan melintasi benua....
satu impian yang aku pernah rasakan sekadar angan-angan pada satu masa dulu.. perlahan-lahan menjadi cita-cita murni.. dan skrg nie mungkin berada di depan mata aku... dan skrg ianya dah didepan mata.. dan tinggal aku je untuk buat satu lompatan yg terhebat dalam hidup aku untuk grab dan owh yeah~ im a doctor ;)
dan skrg nie.. satu lagi sesuatu yang aku lihat sekadar benda yang tak tergapai.. tetiba menjadi sesuatu yang kini menjadi salah satu misi hidup aku.... satu cita-cita yang harus aku gapai.. jadi.. bila dah jadi satu cita-cita.. kena la usahakan?
cita-cita dan impian.. bagi aku.. adalah sesuatu yang membuatkan kita ada sebab untuk membuka mata setiap pagi... kalau tak, hidup nie mcm tak bermakna.. mcm takde fun.. mcm sekadar untuk bernafas, makan dan minum.. sekadar menanti hari esok....
bila sesuatu cita-cita tue mcm dah tak tercapai.. kita perlu satu ketahanan mental plak untuk menghadapi kenyataan.. tapi bagi aku.. itu pun satu kepuasan asalkan.. kalau ada sesuatu cita-cita.. kita akan sertai dgn satu usaha yg amat gigih dan andai kata kita gagal.. at least bila pandang balik apa yg kita buat.. aku pasti.. pasti ada sesuatu yg boleh buat kita tersenyum :)
tapi.. hidup ini penuh dgn pahit dan manis.. hanya masa sahaja dapat menentukan kemanisan atau kepahitan hidup ini... ada sesuatu yg kita buat pada hari ini yang mungkin akan kita kesali sehingga ke akhir hayat dan ada sesuatu yg kita tak buat yang juga kita akan kesali sampai akhir hayat.. dan seseorg mengajar aku satu statement yg aku rasa sangat strong defination dia --> live your life ... dan bg aku plak.. life tue mungkin indah dan mungkin tak berapa indah.. tapi.. walau macam mana pun.. kita kena live our life dan kurangkan fikir consequence of our life kepada org lain.. selfish? mungkin.. tapi dalam dunia niekan.. ada ke org yg masih bernyawa pada zaman nie tak selfish? cuma yang berbeza.. situasi... tak semua org dapat satu situasi yg boleh diaorg tonjolkan how fucking selfish they are.. <-- at least tue apa yg aku rasa...
semua org bercita-cita@berangan-angankan sesuatu yang perfect.. outstanding.. tapi... barang baik tue rare material.. so.. tak semua akan dapatkan? so.. kadang2 kita kena berpuas hati dgn sesuatu yg baik.. walaupun bukan terbaik.. tapi walau mcm mana pun.. kita kena berpuas hati jugak.. sebab walau pun kita hanya dapat yang baik.. kita dah cuba untuk yg terbaik.. tapi.. apa yg kita dapat esok.. adalah setimpal dgn sesuatu yg kita usahan hari ini.. contoh.. seorg peladang.. dia kerjakan kebun 1 hektar.. esok dia akan dapat hasil dari satu hektar la kan? takkan la dia dapat 2 hektar punya hasilkan.. so.. dalam situasi ini.. pembolehubah yang malar adalah.. keluasan tanah dia.. dah pemboleh ubah yg boleh dimanupulasikan adalah usaha gigig dia dan hasil yg dia dapat adalah hasil dari interaksi antara kedua-dua pemboleh ubah tuekan? sama la.. dalam hidup nie.. diri ini mmg ada limitasi yang mungkin kita sendiri tak boleh nampak... cuma kadang-kadang.. kita boleh atasi limitation tue.. dalam hal peladang nie.. dia boleh beli satu hektar tanah lagi untuk jadikan 2 hektar tanah..
sekadar nak ingatkan diri aku je sebenarnya post nie.. dan ditujukan kepada seseorg yg seseorg kepada aku.. :) kita tak tahu apa yg jadi esok, minggu depan, tahun depan dan 10 tahun lagi.. tapi.. kena percaya.. yakin dan berdoa agar segalanya akan right on the tract........ insyaAllah....
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment