22.6.09

Kembali ke kancah semi pro?



kembali ke kancah semipro? adakah FAM nak backward.. masa semua org masih di semi pro, FAM sibuk nak ke PRO.. bila org lain dah shift ke PRO, FAM sibuk plak nak balik buat Semi pro... Ini ke tindakkan drastik yang terbaik yang dapat dibuat oleh FAM? hm.. ke sebab orang-orang yang mentadbir FAM makin lanjut usia mereka dan mereka sudah menjadi semakin nyanyok dan mengambil keputusan seperti org nyanyok? ke mereka ni stroke sampai kena buat tindakkan drastik tue?

Masalah bola sepak dekat malaysia nie bukan masalah yang baru.. nie masalah yang dah chronic dan semakin parah... segala mcm benda dah diubah.. segunung duit dah dilaburkan.. tapi penyakit bola sepak malaysia nie dah resistence kat semua jenis ubat dah.. dan trend yang dapat kita tgk ialah.. tindakkan flip-flop pengurusan FAM yang macam tukul dgn pemahat.. bila kalah baru nak berubah... lepas tue.. haram jadah pun tak jadi pape... baik tak payah buat pape.. at least duit tak habis nak buat press conferance..

awang import punya kes plak.. kejap boleh.. kejap tak boleh... bola sepak malaysia makin bosan.. entah la.. baik tgk EPL or Spanish league.. Dalam 10 tahun ni plak.. macam jenis format league FAM suggest... and yang paling latest is Liga Super.. kononnya nak bagi saingan sengit la.. ceh.. sama jugak...

kata kelab bola dekat malaysia kurang duit.. tak stabil.. dulu aku dengar Dunhill ada bg sponsor berjuta2.. duit tue agaknya dah habis pun... malaysia tak pun main world cup..

kalau kita tengok dekat EPL, diaorg nie suka tgk bola sebab diaorg boleh bertaruh untuk team diaorg.. and syarikat2 judi nie plak akan sponsor kelab2 nie.. dan secara langsung, penonton ramai dan kelab bola diaorg pun dapat duit... tapi tak practical la nak buat dekat Negara Islam mcm Malaysia nie.. tapi... tue ejen no ramalan dgn kasino dekat genting boleh je... bila ada cabutan je.. aku tgk ramai penuh je kedai toto... tapi mcm aku cakap tadi.. tak practical dekat malaysia even aku rasa banyak je bookie2 yg illegal dalam malaysia punya league.. aku rasa...

dalam masa aku hidup, dah 3 perdana menteri dah tukar dah.. dah berapa banyak dah menteri belia dan sukan.. tapi.. tak nampak jugak perubahan dia.. kata sukan no 1 malaysia.. tanya budak2 tepi jalan.. sape yang tak main bola? ke sebab pengurusan FAM tue dah lama sangat sampai dah takde idea baru nak majukan bola sepak negara..
tue la org malaysia nie.. tak sedar diri.. kalau rasa diri tak mampu.. and rasa diri tue dah tak leh nak majukan bola sepak malaysia.. letak la jawatan.. ganti orang lain yang lebih layak.. orang muda yang lebih banyak idea.. yang pernah rasa susah payah main bola dekat jalan2 raya.. dekat tgh sawah.. yang pernah wakil negara pegi main sana-sini... sesiapa jela yang layak dan tahu selok belok bola sepak nie.. bukan orang-orang politik yang main bola belakang banglo diaorg or belakang istana diaorg..

nak kata orang malaysia pendek2 tak leh main bola.. si tevez, park ji sung..si messi tue.. roberto carlos.. takde tinggi mana pun... pendek jugak diaorg tue... handal je diaorg main bola.. hehe.. entah la.. mungkin org malaysia sesuai main guli je kot.. ke org malaysia nie sibuk nak berbedung sebab tue kaki pengkau bak kata org kampung aku <--- org cakap kaki tak bedung sebab tue jadi pengkau~

No comments:

Post a Comment